AKTA KWSP TERKINI PDF

Terkink of member of the Fund Section Contribution to and withdrawal from the Fund for a member of the Fund who has attained the age of sixty years Section KWSP menjamin dividen sebanyak 2. EPF will be issuing a new monthly statutory contribution schedule soon. Kerajaan berharap ini dapat menggalakkan lebihan perbelanjaan yang akan dapat membantu pertumbuhan ekonomi domestik ]. Contributions and deposits not to be assigned or attached Section 51A.

Author:Tosar Voodoohn
Country:Singapore
Language:English (Spanish)
Genre:Automotive
Published (Last):16 January 2005
Pages:171
PDF File Size:20.94 Mb
ePub File Size:9.65 Mb
ISBN:504-4-37813-612-3
Downloads:29257
Price:Free* [*Free Regsitration Required]
Uploader:Vudokree



Seksyen 24 Penubuhan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja Bagi maksud Akta ini hendaklah ditubuhkan suatu kumpulan wang yang dipanggil "Kumpulan Wang Simpanan Pekerja", yang ke dalamnya hendaklah dibayar- segala caruman yang dikehendaki supaya dibuat di bawah Akta ini; wang yang diperoleh dengan menjalankan apa-apa projek, skim atau perusahaan yang dibiayai daripada Kumpulan Wang; wang yang diperoleh atau berbangkit daripada apa-apa harta, pelaburan, gadai janji, gadaian atau debentur yang diperoleh oleh atau terletak hak pada Lembaga; dan segala jumlah wang atau harta lain yang mengikut apa-apa cara menjadi kena dibayar kepada atau terletak hak pada Lembaga berkenaan dengan apa-apa perkara yang bersampingan dengan kuasa dan tugasnya.

Kumpulan Wang hendaklah dibelanjakan bagi maksud- menjelaskan segala pembayaran yang dikehendaki supaya dibuat di bawah Akta ini; pelaburan di bawah Akta ini; memberi pinjaman dan membuat pendahuluan kepada pegawai dan pekhidmat Lembaga; membayar, apa-apa belanja yang dilakukan dengan sahnya oleh Lembaga termasuklah apa-apa fi ukur atau fi guaman dan kos atau apa-apa fi lain dan kos di bawah seksyen 14, dan saraan pegawai dan pekhidmat yang dilantik dan diambil bekerja oleh Lembaga termasuklah elaun persaraan, pencen atau ganjaran; membayar apa-apa belanja lain, kos atau perbelanjaan yang dilakukan dengan sepatutnya atau diterima oleh Lembaga dalam melaksanakan kuasanya dan melaksanakan tugasnya; membayar balik apa-apa wang yang dipinjamkan di bawah Akta ini jika ada, dan faedah yang kena dibayar ke atasnya; dan pada amnya membayar apa-apa belanja bagi melaksanakan peruntukan Akta ini dan berkaitan dengan pentadbiran Kumpulan Wang.

Akta A Seksyen 26 Lembaga boleh tertakluk kepada subseksyen 18 2 , melabur wang kepunyaan Kumpulan Wang mengikut cara yang berikut:] didepositkan dalam- Bank Negara Malaysia; atau bank atau bank pelaburan yang dilesenkan dengan sewajarnya di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan [Akta ]; atau [Gan.

Akta A] dilabur dalam- saham yang ditawarkan menurut suatu tawaran awam permulaan yang telah diluluskan di bawah Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan [Akta ] atau saham yang disenaraikan di bursa saham yang telah diluluskan di bawah Akta yang sama; atau debentur mana-mana syarikat awam; [Gan.

Akta A] dalam bon atau pembelian kertas gadai-janji, nota-nota komersial, persetujuan jurubank, kertas pasaran wang, sijil deposit, sekuriti hutang persendirian, nota janji hutang dan bil pertukaran mengikut pengertian Akta Bil-Bil Pertukaran [Akta ] dan surat cara bolehniaga lain jenis yang seumpamanya; mengikut peruntukan Akta Pemegang Amanah [Akta ]: Dengan syarat bagaimanapun, jika Lembaga melaburkan dalam atau atas hakmilik kepada harta tak alih di Malaysia mengikut perenggan 4 1 c Akta Pemegang Amanah , harta tak alih itu mungkin atau mungkin tidak menghasilkan apa-apa pendapatan pada masa pelaburan itu; memberi pinjaman kepada Kerajaan Malaysia atau Kerajaan Negeri; dan [Pin.

Akta A] memberi pinjaman kepada ahli Kumpulan Wang tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang boleh ditentukan oleh Lembaga bagi maksud pembelian atau pembinaan sebuah rumah. Lembaga boleh dengan kebenaran bertulis Menteri, melabur wang kepunyaan Kumpulan Wang dengan cara yang berikut: didepositkan dalam mana-mana bank atau institusi kewangan yang ditubuhkan oleh atau di bawah mana-mana undang-undang bertulis; dilaburkan dalam apa-apa usahasama; menyertai dalam apa-apa program penswastaan; memberi pinjaman kepada mana-mana syarikat yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat [Akta ] atau mana-mana perbadanan yang ditubuhkan oleh atau di bawah mana-mana undang-undang bertulis; dengan melabur dalam apa-apa pelaburan di luar Malaysia; ea dengan menyertai atau menjalankan urus niaga dalam apa-apa instrumen derivatif; atau dilaburkan dalam apa-apa bentuk pelaburan yang lain.

Bagi maksud seksyen ini "debentur" termasuklah stok debentur, bon, nota dan mana-mana sekuriti lain sesebuah perbadanan sama ada membentuk suatu gadaian ke atas aset perbadanan atau tidak; "instrumen derivatif" ertinya suatu kontrak kewangan termasuk kontrak hadapan, kontrak niagaan ke depan dan kontrak opsyen; dan "saham" ertinya saham berbayar sama ada dibayar secara penuh atau tidak dalam modal saham syarikat dan termasuklah stok dan hak untuk melanggan bagi mana-mana stok dan saham.

Akta A, Pin. Akta A; Pin. Menteri boleh, atas permohonan Lembaga, mengubah peratusan yang dinyatakan dalam subseksyen 1. Bagi maksud seksyen ini, sekuriti yang diterbitkan oleh Kerajaan Malaysia hendaklah termasuk - pinjaman yang dijamin sepenuhnya oleh Kerajaan Malaysia; sekuriti atau surat cara boleh niaga yang dijamin sepenuhnya oleh Kerajaan Malaysia termasuk sekuriti atau surat cara boleh niaga yang diterbitkan oleh sesuatu perbadanan yang dipunyai sepenuhnya oleh Kerajaan Malaysia; kertas Bank Negara Malaysia; sekuriti atau surat cara boleh niaga yang dijamin sepenuhnya oleh Bank Negara Malaysia termasuk sekuriti atau surat cara boleh niaga yang diterbitkan oleh sesuatu perbadanan yang dipunyai sepenuhnya oleh Bank Negara Malaysia; apa-apa surat cara komersial yang mempunyai sifat boleh niaga yang diterbitkan oleh Kerajaan Negeri atau pihak berkuasa tempatan dengan tempoh matang sekurang-kurangnya tiga tahun dari tarikh terbitan; dan apa-apa deposit dalam akaun sumbangan pendahuluan diBank Negara Malaysia di bawah subperenggan 26 1 a i.

Akta A, A Peruntukan Jadual Ketujuh hendaklah terpakai bagi sesuatu perbadanan yang ditubuhkan di bawah perenggan 1 a dan Akta Syarikat hendaklah terpakai bagi sesuatu syarikat yang ditubuhkan atau diambil alih di bawah perenggan 1 b atau c , masing-masingnya.

Tertakluk kepada seksyen 50, dividen yang diisytiharkan di bawah subseksyen 1 hendaklah kena dibayar ke atas caruman kepada Kumpulan Wang mengikut akaun ahli-ahli Kumpulan Wang masing-masing.

Walau apa pun perenggan 1 a dan b , tiada kadar dividen yang melebihi dua setengah peratus setahun boleh diisytiharkan sedemikian- melainkan jika Lembaga berpuas hati bahawa keupayaan Kumpulan Wang untuk menjelaskan segala pembayaran yang dikehendaki supaya dibayar di bawah Akta ini tidak terancam oleh pengisytiharan kadar itu; dan jika apa-apa jumlah wang yang didahulukan oleh Kerajaan Malaysia di bawah seksyen 28 telah tidak pada ketika itu dibayar balik.

Akta A] Seksyen 28 Peruntukan bagi pendahuluan daripada Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan Jika Kumpulan Wang pada bila-bila masa tidak berupaya untuk membayar apa-apa jumlah wang yang Kumpulan Wang dikehendaki membayar di bawah Akta ini, jumlah wang yang dikehendaki dibayar sedemikian hendaklah dipertanggungkan ke atas dan didahulukan kepada Kumpulan Wang daripada Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan dan Kumpulan Wang hendaklah dengan seberapa segera yang praktik membayar balik kepada Kerajaan Malaysia jumlah wang yang telah didahulukan sedemikian.

Jika Lembaga telah membenarkan pemindahan suatu jumlah wang yang ada pada kredit ahli itu di bawah subseksyen 1 amaun yang dibenarkan itu tidak boleh dibayar dividen sebagaimana yang diisytiharkan oleh Lembaga di bawah seksyen 27; dan amaun itu hendaklah disifatkan telah dikeluarkan daripada kredit ahli itu di Kumpulan Wang mulai dari tarikh ahli itu mencapai umur lima puluh lima tahun dan ahli itu boleh berurusan terus dengan institusi pengurusan dana atau institusi-institusi lain yang diluluskan oleh Menteri berhubung dengan kredit itu.

Jika tiada pelantikan ketua pegawai eksekutif dibuat di bawah subseksyen 1 , Pengerusi hendaklah menjalankan tugas ketua pegawai eksekutif dan hendaklah dikenali sebagai Pengerusi Eksekutif dan apa-apa saraan atau elaun yang dibayar hendaklah ditentukan oleh Menteri. Lembaga hendaklah melantik seberapa orang pegawai atau pekhidmat lain, sebagaimana yang difikirkan perlu bagi penjalanan cekap urusan Lembaga, atas apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga, yang boleh diberikan apa-apa jua nama jawatan sebagaimana yang ditentukannya.

Ketua pegawai eksekutif hendaklah, tertakluk kepada arahan Lembaga ke atas perkara polisi, dipertanggungkan dengan pentadbiran dan pengurusan harian mengenai hal ehwal Lembaga dan kawalan pentadbiran mengenai pegawai dan pekhidmatpekhidmatnya. Tertakluk kepada seksyen 31 dan 33, adalah menjadi tugas Lembaga untuk melantik, mengesahkan, meletakkan dalam perjawatan tetap atau berpencen, menaikkan pangkat, menukarkan dan menjalankan kawalan tatatertib ke atas pegawai dan pekhidmatnya.

Lembaga boleh mewakilkan mana-mana fungsinya di bawah subseksyen 5 kepada mana-mana ahli Lembaga, pegawai atau kepada mana-mana jawatankuasa, yang terdiri daripada beberapa orang ahli atau pegawai atau beberapa orang ahli dan pegawai kedua-duanya, yang dilantik olehnya, dan ahli, pegawai atau jawatankuasa itu hendaklah menjalankan fungsi itu di bawah arahan dan kawalan Lembaga. Akta A, A, A Jawatankuasa Tatatertib hendaklah terdiri daripadalima orang ahli Lembaga yang hendaklah dilantik oleh Lembaga, yang salah seorang daripada mereka hendaklah dilantik sebagai pengerusi Jawatankuasa.

Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib dan dua orang ahli Jawatankuasa hendaklah membentuk suatu kuorum dalam semua mesyuarat Jawatankuasa Tatatertib. Jawatankuasa Tatatertib hendaklah mempunyai kuasa untuk menentukan prosidingnya. Dalam menjalankan fungsi tatatertibnya, Jawatankuasa Tatatertib hendaklah mempunyai kuasa untuk mengambil apa-apa tindakan tatatertib dan mengenakan apa-apa hukuman tatatertib sebagaimana yang diperuntukkan oleh mana-mana kaedah-kaedah tatatertib yang dibuat di bawah seksyen Jawatankuasa Tatatertib boleh, tertakluk kepada subseksyen 7 , mewakilkan mana-mana fungsi, kuasa atau tugas tatatertibnya selain hukuman tatatertib bagi pembuangan kerja atau penurunan pangkat kepada mana-mana pegawai atau pekhidmat Lembaga, atau kepada mana-mana jawatankuasa pegawai dan pekhidmat Lembaga, berkenaan dengan mana-mana pegawai atau pekhidmat tertentu Lembaga atau berkenaan dengan mana-mana kelas atau kategori pegawai atau pekhidmat Lembaga, dan pegawai dan pekhidmat atau jawatankuasa yang diwakilkan dengan fungsi, kuasa atau tugas itu hendaklah melaksanakan, menjalankan atau menunaikannnya di bawah arahan dan kawalan Jawatankuasa Tatatertib yang hendaklah mempunyai kuasa untuk mengkaji semula, membatalkan atau mengubah apa-apa keputusan atau dapatan pegawai atau pekhidmat atau jawatankuasa itu.

Tiada pewakilan boleh dibuat di bawah subseksyen 6 bagi membolehkan seseorang pegawai atau pekhidmat Lembaga menjalankan apa-apa kuasa tatatertib atau menjadi seorang ahli suatu jawatankuasa yang boleh menjalankan apa-apa kuasa tatatertib ke atas seseorang pegawai atau pekhidmat yang lebih tinggi daripadanya dari segi pangkat.

Akta A, A, A, A Jawatankuasa Rayuan Tatatertib hendaklah terdiri daripada tujuh orang ahli Lembaga yang hendaklah dilantik oleh Lembaga, yang salah seorang daripada mereka hendaklah dilantik sebagai pengerusi Jawatankuasa itu.

Pengerusi Jawatankuasa Rayuan Tatatertib dan empat orang ahli lain Jawatankuasa Rayuan Tatatertib hendaklah membentuk suatu kuorum dalam semua mesyuarat Jawatankuasa Rayuan Tatatertib. Jawatankuasa Rayuan Tatatertib hendaklah mempunyai kuasa untuk menentukan penjalanan prosidingnya. Mana-mana pegawai atau pekhidmat Lembaga yang terkilan dengan keputusan Lembaga JawatankuasaTatatertib atau mana-mana orang atau jawatankuasa yang diwakilkan dengan kuasa, fungsi atau tugas di bawah subseksyen 31 5 boleh merayu terhadap keputusan itu kepada Jawatankuasa Rayuan Tatatertib dalam masatiga puluhhari dari tarikh penyampaian keputusan itu ke alamat terakhir yang diketahui pegawai atau pekhidmat itu.

Keputusan Jawatankuasa Rayuan Tatatertib itu adalah muktamad. Lembaga hendaklah menyebabkan ketua pegawai eksekutif diberitahu tentang apa-apa surcaj yang dibuat di bawah subseksyen 1 dan ketua pegawai eksekutif hendaklah sesudah itu memberitahu orang yang disurcaj itu. Lembaga boleh pada bila-bila masa menarik balik apa-apa surcaj yang berkenaan dengannya penjelasan yang memuaskan telah diterima atau jika selainnya ternyata bahawa tiada surcaj patut dibuat, dan Lembaga hendaklah dengan serta-merta menyebabkan ketua pegawai eksekutif diberitahu tentang penarikan balik tersebut.

Amaun apa-apa surcaj yang dikenakan di bawah subseksyen 1 dan tidak ditarik balik di bawah subseksyen 3 hendaklah menjadi hutang yang kena dibayar kepada Lembaga oleh orang yang terhadapnya surcaj itu dikenakan dan boleh dibawa guaman dan didapatkan kembali dalam mana-mana mahkamah secara guaman oleh Lembaga dan boleh juga didapatkan kembali melalui potongan- daripada gaji orang yang disurcaj tersebut jika Lembaga mengarahkan sedemikian; atau daripada pencen orang yang disurcaj tersebut jika Lembaga mengarahkan sedemikian, secara ansuran bulanan yang setara yang tidak melebihi satu perempat daripada jumlah gaji atau pencen bulanan orang tersebut, mengikut mana yang berkenaan.

Jawatankuasa Kenaikan Pangkat hendaklah mempunyai kuasa, fungsi dan tugas yang berhubungan dengan kenaikan pangkat pegawai dan pekhidmat Lembaga. Jawatankuasa Kenaikan Pangkat boleh mewakilkan mana-mana kuasa, fungsi atau tugasnya kepada mana-mana pegawai atau pekhidmat Lembaga, atau kepada mana-mana jawatankuasa pegawai atau pekhidmat Lembaga, berkenaan dengan mana-mana pegawai atau pekhidmat tertentu Lembaga atau berkenaan dengan mana-mana kelas atau kategori pegawai atau pekhidmat Lembaga, dan pegawai atau pekhidmat atau jawatankuasa yang diwakilkan dengan kuasa, fungsi atau tugas itu hendaklah melaksanakan, menjalankan atau menunaikannya di bawah arahan dan kawalan Jawatankuasa Kenaikan Pangkat yang hendaklah mempunyai kuasa untuk mengkaji semula, membatalkan atau mengubah apa-apa keputusan atau dapatan pegawai atau pekhidmat atau jawatankuasa tersebut.

Jawatankuasa Rayuan Kenaikan Pangkat hendaklah terdiri daripada tujuh orang ahli Lembaga yang hendaklahdilantik oleh Lembaga, yang salah seorang daripada mereka hendaklah dilantik sebagai pengerusi Jawatankuasa. Jawatankuasa Rayuan Kenaikan Pangkat hendaklah mempunyai kuasa untuk menentukan penjalanan prosidingnya. Mana-mana pegawai atau pekhidmat Lembaga yang terkilan dengan keputusan Jawatankuasa Kenaikan Pangkatatau mana-mana orang atau jawatankuasa yang diwakilkan dengan kuasa, fungsi atau tugas di bawah subseksyen 33 3 boleh merayu terhadap keputusan itu kepada Jawatankuasa Rayuan Kenaikan Pangkat dalam masa tiga puluh hari dari tarikh penyampaian keputusan itu ke alamat terakhir yang diketahui pegawai atau pekhidmat itu.

Keputusan Jawatankuasa Rayuan Kenaikan Pangkat adalah muktamad. Tertakluk kepada subseksyen 3 , seseorang Pemeriksa yang dilantik di bawah subseksyen 1 hendaklah mempunyai segala kuasa, fungsi dan tugas yang diberikan di bawah Akta ini. Seseorang Pemeriksa hendaklah tertakluk kepada arahan dan kawalan ketua pegawai eksekutif, atau mana-mana pegawai atau pekhidmat lain Lembaga yang diberi kuasa oleh ketua pegawai eksekutif untuk bertindak bagi pihaknya, dan mana-mana Pemeriksa lain yang lebih tinggi daripadanya dari segi pangkat, dan hendaklah menjalankan kuasanya, melaksanakan fungsinya, dan menunaikan tugasnya yang disebut dalam subseksyen 2 dengan mematuhi arahan, petunjuk, syarat, sekatan atau batasan sebagaimana yang ketua pegawai eksekutif, atau pegawai atau pekhidmat Lembaga yang diberi kuasa untuk bertindak bagi pihaknya, atau Pemeriksa yang lebih tinggi dari segi pangkat, boleh menyatakan secara lisan atau bertulis, sama ada pada amnya, atau dalam mana-mana hal atau hal keadaan tertentu.

Ketua pegawai eksekutif hendaklah mempunyai segala kuasa Pemeriksa. Lembaga boleh, secara bertulis, meletakhakkan segala atau mana-mana kuasa, fungsi dan tugas Pemeriksa pada mana-mana pegawai Lembaga yang tidak dilantik sebagai Pemeriksa di bawah subseksyen 1. Mana-mana orang yang melanggar peruntukan subseksyen 1 adalah melakukan suatu kesalahan.

Orang yang disoal periksa itu hendaklah terikat di sisi undang-undang untuk menjawab semua soalan yang berhubungan dengan kes tersebut yang diajukan kepadanya oleh pegawai yang menyoal periksa itu: Dengan syarat bahawa orang tersebut boleh enggan untuk menjawab mana-mana soalan yang jawapannya mempunyai kecenderungan untuk mendedahkannya kepada sesuatu pertuduhan jenayah atau penalti atau perlucuthakan Seseorang yang membuat pernyataan di bawah seksyen ini hendaklah terikat di sisi undang-undang untuk menyatakan kebenaran, sama ada atau tidak pernyataan tersebut dibuat pada keseluruhannya atau sebahagiannya dalam menjawab soalan.

Seseorang pegawai yang menyoal-periksa seseorang di bawah subseksyen 1 hendaklah terlebih dahulu memberitahu orang tersebut akan peruntukan subseksyen 2 dan 3.

Sesuatu pernyataan yang dibuat oleh mana-mana orang di bawah seksyen ini hendaklah, apabila jua mungkin, diambil secara bertulis dan ditandatangani oleh orang yang membuatnya atau diletakkan dengan cap ibujarinya mengikut mana yang berkenaan, selepas pernyataan itu telah dibacakan kepadanya dalam bahasa yang dia telah membuatnya dan selepas dia telah diberi peluang untuk membuat apa-apa pembetulan yang diingininya. Dipotong oleh Akta A Seksyen 37A Kuasa Lembaga menaksir caruman berdasarkan kepada maklumat yang ada Seseorang Pemeriksa atau pegawai yang diletak hak dengan kuasa Pemeriksa boleh, menaksirkan apa-apa caruman yang kena dibayar oleh mana-mana majikan berdasarkan kepada maklumat yang ada jika majikan itu - tidak menyimpan atau menyenggara apa-apa penyata, butir-butir, buku daftar atau apa-apa rekod berkenaan dengan setiap pekerja yang dikehendaki dilaksanakan olehnya di bawah Akta ini; atau tidak atau enggan mengemukakan apa-apa penyata, butir-butir, buku daftar atau rekod berkenaan dengan setiap pekerja yang dikehendaki dikemukakan olehnya di bawah Akta ini.

Taksiran yang dibuat di bawah subseksyen 1 hendaklah menjadi bukti mencukupi tuntutan Lembaga bagi mendapatkan kembali apa-apa caruman di bawah seksyen Mana-mana orang yang gagal mematuhi peruntukan-peruntukan subseksyen 1 melakukan suatu kesalahan. Apabila didapati oleh mana-mana majistret, atas maklumat bertulis yang diangkat sumpah, dan selepas apa-apa siasatan yang difikirkannya perlu, bahawa terdapat alasan yang munasabah bagi mengesyaki bahawa di premis tertentu terdapat mana-mana buku, akaun, rekod atau dokumen lain yang pengemukaannya telah dikehendaki menurut subseksyen 1 dan telah tidak dikemukakan sebagai mematuhi kehendak itu, maka majistret itu boleh mengeluarkan suatu waran yang memberi kuasa kepada ketua pegawai eksekutif atau mana-mana orang yang dinamakan di dalamnya dengan atau tanpa bantuan- untuk menggeledah premis dan untuk memecahbuka dan menggeledah mana-mana almari, laci, peti, koper, kotak, bungkusan atau bekas lain, sama ada suatu lekapan ataupun tidak, di dalam premis itu; dan untuk mengambil milik, atau melindung daripada gangguan, mana-mana buku, akaun, rekod atau dokumen lain yang nampaknya adalah buku, akaun, rekod atau dokumen lain yang pengemukaannya telah dikehendaki sedemikian.

Tertakluk kepada apa-apa perintah yang dikeluarkan atau dibuat di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan pembuangan negeri atau imigresen, Ketua Polis Negara atau Ketua Pengarah Imigresen apabila menerima sesuatu permintaan di bawah perenggan a berkenaan dengan mana-mana orang hendaklah mengambil atau menyebabkan diambil segala langkah termasuklah menggunakan kekerasan yang munasabah dan penyitaan, pembatalan atau penahanan mana-mana surat pengenalan dan mana-mana pasport, permit keluar atau dokumen perjalanan lain yang berhubungan dengan orang tersebut sebagaimana yang perlu untuk melaksanakannya.

Ketua pegawai eksekutif hendaklah menyebabkan notis mengenai pengeluaran sesuatu perakuan di bawah perenggan a supaya disampaikan ke diri atau melalui pos berdaftar yang dialamatkan kepada alamatnya yang akhir sekali diketahui kepada orang yang dimaksudkan oleh perakuan itu: Dengan syarat bahawa ketidakterimaan notis itu oleh orang tersebut tidaklah menidaksahkan apa-apa jua yang dilakukan di bawah seksyen ini. Jika seseorang yang berkenaan dengannya sesuatu perakuan telah dikeluarkan di bawah perenggan a mengemukakan suatu pernyataan bertulis yang ditandatangani pada atau selepas tarikh pengeluaran perakuan itu oleh ketua pegawai eksekutif atau seorang pegawai diberi kuasa yang bermaksud bahawa wang yang kena dibayar kepada Kumpulan Wang yang dinyatakan dalam perakuan itu telah dibayar atau bahawa jaminan telah dikemukakan bagi pembayaran, pernyataan atau pembayaran itu, mengikut mana yang berkenaan, hendaklah menjadi kuasa yang mencukupi bagi membenarkan orang tersebut meninggalkan Malaysia.

Tiada prosiding undang-undang boleh dimulakan atau disenggarakan terhadap Lembaga, pegawai dan pekhidmatnya, Kerajaan Malaysia, pegawai polis atau mana-mana pekhidmat awam berkenaan dengan apa-apa jua yang dilakukan secara sah di bawah seksyen ini. Akta A, Akta A Seksyen 41 Tugas majikan untuk mendaftar dengan Lembaga Tiap-tiap majikan hendaklah, melainkan jika dia sudahpun didaftarkan dengan Lembaga, sebelum berakhirnya minggu pertama di dalam bulan pertama yang di dalamnya dia membayar upah yang berkenaan dengannya dia dikehendaki untuk membayar caruman di bawah Akta ini, mendaftar dengan Lembaga mengikut cara yang ditetapkan oleh Lembaga.

Mana-mana majikan yang melanggar peruntukan subseksyen 1 melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh dipenjarakan selama suatu tempoh yang tidak melebihi tiga tahun atau didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau kedua-duanya.

Jika mana-mana orang terhenti daripada menjadi seorang majikan, mengikut pengertian Akta ini, dia hendaklah dalam tempoh sebagaimana yang ditetapkan oleh Lembaga, memberitahu Lembaga mengenainya mengikut cara yang ditetapkan oleh Lembaga.

Mana-mana orang yang melanggar peruntukan subseksyen 3 adalah melakukan suatu kesalahan. Tiap-tiap majikan hendaklah menyediakan dan menyimpan satu atau lebih daftar yang mengandungi apa-apa maklumat sebagaimana yang ditetapkan oleh kaedah-kaedah dan daftar tersebut hendaklah disimpan bagi sesuatu tempoh supaya tiap-tiap butir yang direkodkan di dalamnya boleh didapati bagi pemeriksaan untuk tidak kurang daripada enam tahun selepas ia direkodkan.

Seksyen 43 Kadar caruman Tertakluk kepada peruntukan seksyen 52, tiap-tiap pekerja dan tiap-tiap majikan kepada seseorang yang merupakan seorang pekerja mengikut pengertian Akta ini hendaklah bertanggungan untuk membayar caruman bulanan berkenaan dengan amaun upah bagi bulan itu pada kadar yang masing-masingnya dinyatakan dalam Jadual Ketiga. Akta A] Mana-mana orang yang menjadi seorang majikan yang gagal, dalam apa-apa tempoh sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri, untuk membayar kepada Kumpulan Wang apa-apa caruman yang dia bertanggungan di bawah Akta ini untuk membayar berkenaan dengan atau bagi pihak mana-mana pekerja berkenaan dengan mana-mana bulan melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh dipenjarakan selama satu tempoh yang tidak melebihi tiga tahun atau didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau kedua-duanya.

Tanpa menjelaskan peruntukan subseksyen 1 , majikan dan pekerja atau mana-mana satu daripada mereka boleh, pada bila-bila masa, memilih untuk membayar caruman bulanan pada kadar yang melebihi kadar yang masing-masingnya dinyatakan dalam Jadual Ketiga dengan satu ringgit ataupun sesuatu gandaan bagi satu ringgit tertakluk kepada apa-apa had maksimum caruman bulanan yang dinyatakan dalam Jadual Ketiga.

Akta A] Notis mengenai pemilihan sedemikian hendaklah diberikan kepada Lembaga mengikut apa-apa cara sebagaimana yang ditetapkan oleh Lembaga dan jika mana-mana notis sedemikian telah diberikan, Akta ini hendaklah, berkenaan dengan mana-mana majikan atau pekerja yang telah memilih seperti yang disebut terdahulu, terpakai seolah-olah kadar caruman yang majikan atau pekerja tersebut telah memilih untuk membayar, adalah kadar yang masing-masingnya dinyatakan dalam Jadual Ketiga: Dengan syarat bahawa sesuatu pemilihan tidak boleh dibuat supaya berkuat kuasa kebelakangan.

Majikan dan pekerja atau mana-mana satu daripada mereka boleh, pada bila-bila masa, membatalkan pemilihannya yang dibuat di bawah subseksyen 4. Notis mengenai pembatalan sedemikian hendaklah diberi kepada Lembaga mengikut apa-apa cara sebagaimana yang ditetapkan oleh Lembaga dan jika mana-mana notis sedemikian telah diberikan, Akta ini hendaklah, berkenaan dengan mana-mana majikan atau pekerja yang telah membatalkan seperti yang disebut terdahulu, terpakai seolah-olah majikan atau pekerja tersebut tidak memilih untuk membayar caruman lebihan: Dengan syarat bahawa sesuatu pembatalan tidak boleh dibuat supaya berkuat kuasa kebelakangan.

Dalam keadaan berlakunya kematian pekerja, tiada caruman kena dibayar di bawah seksyen ini oleh atau bagi pihak pekerja itu berkenaan dengan bulan yang di dalamnya kematian tersebut berlaku: Dengan syarat bahawa jika mana-mana caruman sedemikian telah diterima, caruman berkenaan hendaklah dibayar ke dalam Kumpulan Wang mengikut seksyen Walau apa pun subseksyen 1 orang yang bekerja sendiri; pekerja berpencen; mana-mana orang yang bukan majikan atau bukan pekerja, sama ada atau tidak mengikut pengertian Akta ini; atau [Mas.

A] boleh, dengan memberi notis mengikut apa-apa cara sebagaimana yang ditetapkan oleh Lembaga, memilih untuk membayar caruman bulanan mengikut kadar yang ditetapkan oleh Lembaga. Lembaga hendaklah memberitahu tarikh kuat kuasa pemilihan yang ditentukan di bawah subseksyen 2 kepada ahli Kumpulan Wang itu tidak kurang daripada tujuh hari sebelum tarikh kuat kuasa itu.

BILSKI KAPPOS PDF

Cara Pengiraan Kadar Caruman KWSP & SOCSO 2019

Untuk memperoleh faedah-faedah dari KWSP atau EPF, majikan bertanggungjawab untuk melakukan bayaran caruman untuk pekerja di bawah kontrak perkhidmatan atau perantisan. Majikan hendaklah memastikan bahawa caruman bulanan pekerja dipotong dengan betul daripada gaji bulanan dan bayaran dilakukan kepada KWSP. Bayaran caruman KWSP dapat dilakukan dengan lebih mudah melalui akses dalam talian online. Untuk KWSP, majikan perlu membayar caruman untuk ubah bulanan pada atau sebelum 15 haribulan bagi bulan berikutnya. Sebagai contoh, gaji masuk pada bulan Mac maka bulan caruman adalah April dan perlu dibayar pada atau sebelum 15 April Syer pekerja dan majikan hendaklah dibayar kepada KWSP. Syer pekerja boleh dipotong daripada gaji pekerja.

LIBRO DE ESTADISTICA PARA ADMINISTRACION Y ECONOMIA DE LEVIN PDF

KWSP – Kadar Caruman mulai 2018

.

EARTHCARE AN ANTHOLOGY IN ENVIRONMENTAL ETHICS PDF

Akta KWSP 1991

.

Related Articles